Wednesday, November 19, 2008

Pelajar KRK 2008

Tahun ini merupakan tahun pertama KRK dwujudkan di SMK Dato' Seth. Maka KRK hanya terdiri daripada 2 kelas tingkatan satu sahaja.


Kelas 1 RK 1 (Foto ihsan Sidang Redaksi Nusa '08)


Kelas 1 RK 2 (Foto ihsan Sidang Redaksi Nusa '08)

Wednesday, October 29, 2008

Mesyuarat Penyelarasan RK

Mesyuarat Pengurusan Sekolah
( Penyelarasan Kelas Rancangan Khas Negeri Johor Bil 1/2008)
05 – 07 Mei 2008
Di Rompin Beach Resort Pahang


Minit Curai

05 Mei 2008

1. Ucapan Pengerusi Majlis (Encik Nasurudin-Pegawai KRK Muar)
• Mengalu-alukan kedatangan penyelaras KRK Negeri Johor.
• Sebanyak 83 buah sekolah yang melaksanakan kelas KRK untuk tahun ini.
• Mesyuarat Pengetua Kelas KRK yang pertama telah diadakan di Melaka.

2. Ucapan Tn. Hj. Aminudin b. Md Sani ( Pengerusi Pengetua-pengetua KRK Johor)
• Banyak tugas yang perlu dilaksanakan oleh penyelaras KRK
• Berperanan sebagai pengerak KRK
• Sejarah KRK telah dimulakan sejak tahun 70-an, cuma tidak diketahui sahaja
• Mula diwar-warkan semula sejak tahun 2000
• KRK adalah satu-satunya kelas yang menghimpunkan pelajar-pelajar cemerlang. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang yang belajar dan tinggal di rumah bukan di asrama seperti kelas KRK sebelum ini.
• Penyelaras boleh dapatkan buku panduan kelas KRK daripada Pengetua sekolah masing-masing.
• Perlu mewujudkan kelas KRK seperti sekolah berasrama penuh. Cthnya: agihan guru-guru yang cemerlang, guru penanda kertas peperiksaan dan sebagainya.
• Kepada sekolah-sekolah yang menempatkan guru sandaran utk mengajar KRK perlu dielakkan dan perlu diganti.
• Kaedah pengajaran harus berbeza.
• Aktiviti yang boleh mencerminkan kecemerlangan cthnya berpidato, reka cipta, kepimpinan dsg
• Melengkapkan kemudahan di dalam bilik darjah seperti meletakkan gambar-gambar/perkara-perkara yang mencabar minda, bahan-bahan bacaan juga berbeza dan berbentuk ilmiah, kemahiran berkomputer.
• Bilik darjah harus ceria dan berbeza daripada kelas biasa.
• Ada masalah boleh rujuk kpd pegawai khas menengah di daerah masing-masing
• Pegawai khas menengah yang hadir:
1. Tn. Hj Solihin Mansor- Kota Tinggi
2. Pn. Noraini-Kulai
3. En. Sajali-Batu Pahat
4. En. Kamaruzaman-JPN Johor
5. En. Radzif-Pasir Gudang
6. En. Salehudin-Segamat
7. En…………… Johor Bahru

06 Mei 2008

Perjalanan Majlis untuk hari ini
• Pagi – Buat TOV hingga selesai
• Esok – Membuat satu perancangan di peringkat JPN
Encik Nasurudin

• Buletin KRK Negeri Johor – perlu disediakan dan diedarkan pada majlis konvensyen. Isi kandungan seperti mengandungi enrolmen, jumlah sekolah, aktiviti yang telah berjalan seperti mesyuarat pengetua, mesyuarat KRK. Minta setiap daerah serahkan aktiviti yang telah dibuat berserta gambar.
• Sasaran Negeri – 30% untuk PMR bagi mereka yang mendapat semua A. Negeri Johor telah melepasi target iaitu memperolehi 36% lebih. Minimum 5A sebanyak 80%, Relajar yang dapat kurang 5A dikeluarkan daripada kelas KRK. Sasaran untuk SPM 100%
• Fokus adalah terhadap bilik darjah dan buku tulis.
• Buku tulis perlu disemak dengan teliti dan kerap
• Tanggungjawab guru – membuat perancangan di peringkat sekolah
• Tunjukkan perbezaan antara pelajar-pelajar KRK di sekolah dengan pelajar-pelajar yang lain. Contohnya:
1. Pakaian – cth. Tali leher yang berbeza dpd kelas lain, kasut hitam dsg
2. Langsir kelas
3. Meja
4. Alas meja
5. Taman di dalam kelas
6. Sudut pameran
7. Papan kenyataan yang dipenuhi dengan info terkini
8. Papan hitam ditukar dengan papan putih
9. Taman KRK
• Fail / rekod
1. Dibenarkan menggunakan fail putih
2. Fail lain tidak mengikut piawai
3. Sepatutnya fail putih tidak perlu ada nama sekolah
4. Fail mestilah bergerak
5. Fail penuh jika tebal 2 inci / bilangan surat sudah sampai ke 100
6. Ambil fail yang penting sahaja (3 fail sahaja)
i. Fail Pengurusan/Fail induk – surat menyurat, arahan kerja, minit-minit mesyuarat, enrolmen, biasiswa. Fail ini cepat berkembang. Jilid I, II, III, IV, V, VI dan seterusnya. Fail mestilah sentiasa diletakkan di Pejabat.
ii. Fail Kurikulum – Peperiksaan dalaman, TOV, Headcount, aktiviti, peperiksaan awam
iii. Fail Kokurikulum – Kem Nadwah, Kem motivasi
7. Jangan wujudkan banyak fail
8. Muka surat depan, tajuk perlu ditulis dengan tangan dan tidak perlu ditaip/ditampal dengan kertas lain
9. Kertas minit perlu diletakkan pada muka surat pertama
10. Surat yang diterima daripada luar ditulis dengan pen merah
11. Surat yang keluar ditulis dengan pen hitam/biru
12. Ada masalah perlu dirujuk dengan pembantu tadbir di sekolah masing-masing.

En. Kamaruzaman – JPN Johor

• Mengajar pelajar cemerlang, cthnya di sekolah sains, lebih sukar berbanding sekolah biasa
• Pentingnya headcount
• Tugasan:
1. Senarai nama peserta konvensyen KRK peringkat Negeri Johor 2008.
2. Senarai nama peserta Nadwah Islamiah
3. Senarai nama penyelaras KRK 2008
4. Data keputusan SPM pelajar KRK – di laman web
5. Penetapan TOV KRK
• Bincangkan masalah yang anda hadapi
• Bincangkan secara professional
• Hubungi rakan-rakan anda untuk mendapatkan info
• Minit mesyuarat hendaklah difailkan
• Sukatan Pelajaran terkini – log in : PPK/CDC moe
• Lesson note tidak boleh dibuat seminggu sekali-setiap hari
• Program KRK
• Postmortem kelas KRK
• Program istimewanya KRK-motivasi guru-guru KRK
• Guru perlu menggunakan LCD/ICT
• Jadual waktu diletakkan dalam lesson plan
• Rekod peribadi perlu ditulis
• Maklumat di belakang perlu dilengkapkan
• Koleksi bank soalan
• Bank soalan ialah adanya JSU
- Take your time
- Buat sedikit demi sedikit & semakin lama siap
- 5 senang, 3 sederhana, 2 susah
• Perkembangan staf untuk guru-guru
• PBSMI pastikan ada jawatan kuasa

Encik Sukhaimi & Encik Hashim

Bengkel
• Pembinaan Headcount
• Pembinaan TOV
• Setiap sekolah perlu mempunyai data untuk diproses
• Nombor telefon : 019-7556991 (Sukhaimi) 019-7282514 (Hashim)
• I/D: bhnuppj@yahoo.com password:123456
• Analisis SPM – http://www.savefile.com/files/1541840
• Pencapaian keseluruhan SPM mengikut sekolah- http://www.savefile.com/files/1541843

Majlis perhubungan penyelarasan KRK
1. Pengerusi – SMK Bandar Putra Kulai
2. Naib pengerusi – SMK Dato Penggawa Timur
3. Setiausaha-SMK Tasek Utara JB
4. Naib Setiausaha – SMK Pasir Gudang
5. Bendahari- SMK Seri Perhentian
• Diwakili oleh pengetua-pengetua
6. AJK
• Johor Bahru-SMK Sultan Ismail
• Muar-
• Kulai-SMK Bandar Tenggara 2
• Segamat-SMK Moakil
• Pasir Gudang-SMK Johor Jaya 1
• Kota Tinggi-SMK Bandar Penawar
• Pontian-SMK Dato Penggawa Barat
• Batu Pahat-SMK Dato Bentara Luar
• Mersing-SMK Mersing
• Kluang-SMK Tinggi Kluang
7. Kem Nadwah Islamiah
• Terdiri daripada sepasang pelajar Lelaki/Perempuan
• Surat kebenaran ibu bapa – dibainding sekali mengikut daerah
• Pastikan pelajar tidak mempunyai sakit yang agak kronik
• Setiap daerah bawa peti kecemasan

07 Mei 2008

Puan Noraini
• Mengetahui apa dia KRK
• Kelas yang menempatkan pelajar-pelajar yang tidak dapat ke sekolah berasrama penuh
• Kepada murid-murid yang dapat cemerlang dalam UPSR dan khusus untuk anak-anak melayu kita
• Kelas KRK hanya untuk orang-orang melayu dan utk murid-murid dari sek. Keb dengan syarat murid cina /India dapat 5A
• Bagi menutup mulut-mulut orang cina/India diwujudkan kelas Program Khas. Bagi mengelakkan ibu bapa tidak komplen
• Program Khas adalah untuk murid-murid yang memperolehi 7A/6A1B
• Ini juga bagi mengurangkan isu-isu ahli politik/peguam/YB
• Sekolah peluasan yang baru mendapat rancangan khas
• Ambil data sehingga 3A2B sahaja ( 5A, 4A1B dan 3A2B)
• Murid-murid ini kita akan pegang hingga mereka tingkatan 5
• Konvensyen KRK
• Sila buat perancangan khas
• Menyiapkan Buletin kelas KRK sebelum 24 Mei 08
• Isi kandungan Buletin
1. Berkaitan dengan isu-isu semasa KRK
2. Aktiviti yang dijalankan Negeri Johor
3. Mengikut kronologi-2006,2007,2008
4. Kejayaan yang dicapai oleh pelajar
5. Motto KRK-Kesungguhan Raih Kegemilangan
6. Tabung Kebajikan Kelas KRK sebagai altenatif untuk tetamu yang hadir, untuk membeli cenderamata. Setiap penyelaras RM10 setahun
7. Kursus Nadwah – Nama waris terdekat, No telefon yang boleh dihubungi, alamat.
8. Mesyuarat Penyelaras Majlis KRK pada 14 Mei 08 di SMK Tinggi Kluang, 8.30 pagi
• Bengkel membina Buletin KRK
• Mesyuarat tamat pada pukul 12.00 tengahari
• Makan dan berangkat pulang ke daerah masing-masing


Disediakan oleh:
Murny Binti Ramlee @ Yasin
Penyelaras KRK SMK Dato’ Seth
Minit Mesyuarat KRK sekolah

Masa : 8 Mei 2008

Hari : Khamis

Masa : 1.05 petang

Tempat : Bilik GPK

Kehadiran: Rujuk Lampiran

Tidak Hadir : 1. En. Wan Omar
2. En. Jailani
3. En. Fairuz
4. Pn Norhazizah Yeop
5. En. Taib
6. Guru PJK

Agenda

1.0 Ucapan En. Tajuddin Bin Mohd Asri
1.1 Encik Tajuddin mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua Guru-guru KRK yang menghadirkan diri ke mesyuarat kali pertama bagi tahun 2008.

2.0 Ucapan Guru Penyelaras KRK
2.1 Penyelaras telah membincangkan semula perkara yang telah di mesyuaratkan pada 5,6 dan 7 Mei semasa menghadirkan diri ke Mesyuarat KRK Johor di Rompin Beach Resort Pahang.
2.2 Mengedarkan minit curai kepada semua guru yang hadir

3.0 Perkara-perkara berbangkit
3.1 Mengambil tindakan terhadap perkara yang dibincangkan.
3.2 Guru-guru bersama dengan guru tingkatan dikehendaki menjalankan tugas
untuk menceriakan kelas KRK.
3.3 Bersama-sama mengambil tindakan untuk menerima kehadiran Pegawai Khas
KRK dari JPNJ
3.4 Pegawai KRK Johor dijangka akan hadir ke sekolah pada 13 Mei 2008

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang

Disediakan oleh:
Penyelaras KRK